MINGGU KE-5 : VIDEO DAN RINGKASAN PEMBELAJARAN

                                 



          Pada minggu kelima, kami ditugaskan untuk membuat satu video yang berkaitan dengan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada zaman moden yang semakin canggih ini, wajar bagi seorang guru untuk mahir dalam teknologi. Maka penting bagi seorang guru mengetahui ilmu-ilmu teknologi pada masa kini.

          Teknologi atau ICT dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran sama ada antara guru ataupun murid. Dengan menggunakan teknologi dapat meningkatkan kecekpan dan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajara selain dapat menarik minat murid untuk belajar.

          Selain itu, ianya dapat meningkatkan kemahiran guru dan murid. Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan yang berkait dengan ICT. Seseorang guru itu perlulah mahir dalam teknologi dan ICT. Dengan penggunaan ICT dalam kelas guru dapat menerangkan kepada murid dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.

          Oleh itu, saya telah membuat video melalui aplikasi youtube yang meceritakan tentang guru, pelajar dan teknologi pada zaman sekarang. Ada boleh ke https://youtu.be/u0gk62Wtbqk . Jangan lupa untuk Like, dan tekan butang Subscribe youtube CIKGU SADO ye 😉

Comments

Popular Posts