MINGGU KE-7 : REFLEKSI PENGALAMAN SEKOLAH
Assalamualaikum semua, bertemu semula selepas lama bercuti daripada mengarang penulisan ke blog ni . Pada minggu ini saya akan menceritakan serba sedikit kenangan pengalaman sekolah saya di SMK USJ 23. Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang menjalani pengalaman sekolah atau orang lama memanggil sebagai ROS. Terdapat pelbagai pengalaman dan kenangan yang manis dalam seminggu saya berada di sekolah ini.
Saya bersama dua lagi pelajar dari bidang pengkhususan PJK iaitu Waiz dan Syakirin telah memilih sekolah USJ 23 ini untuk pengalaman sekolah. Selain itu, terdapat 4 org pelajar daripada subjek BM juga telah memilih untuk menjalani ROS di sekolah ini. Pada hari Isnin 5 Disember 2022, saya dan rakan rakan telah bergerak ke SMK USJ23 pada pukul 6.30 pagi. Perasaan yang tidak dapat digambarkan pada hari tersebut kerana perasaan gemuruh dan teruja yang teramat bercampur dengan perasaan risau untuk menjadi pengajar. Mana tidaknya dulu pergi sekolah menjadi pelajar, boleh la nak nakal nakal tapi sekarang datang balik sekolah menjadi seorang yang membawa identiti 'guru' . hehe sangat berbeza perasaan tu.
Sesampainya kami di sekolah, kami telah dijemput oleh penolong kanan pentadbiran iaitu PN Normadiah Binti Abu . Kami telah diberikan kata kata aluan oleh beliau . Pada minggu pertama kami masuk sekolah ini kami mendapati bahawa minggu tersebut adalah minggu terakhir pengetua sekolah USJ 23 ini. Hal ini menyebabkan kami tidak berjumpa pada hari pertama kami menjejaki ke sekolah kerana pengetua agak sibuk untuk menyelesaikan urusan persaraannya. Selain itu, kami juga telah berjumpa Pn Leong iaitu penolong kanan HEM di SMK USJ23. Beliau telah memberikan kata kata semangat. Kami telah diletakkan di dalam bilik guru dan telah berkenalan dengan guru guru di sana. Semua guru sangat ramah dan baik. Kami terasa tiada pengasingan walaupun kami hanyalah ROS di sekolah tersebut.
Pelajar di sana juga sangatlah menghormati antara satu sama lain dan telah membuatkan saya lebih gemuruh apabila mereka memberi salam dan ditambahkan lagi cikgu dibelakang. Kami juga telah dimasukkan didalam group whatapps sekolah untuk mengetahui kelas relief dan lain lain. Sepanjang pengalamanku selama beberapa hari di sana, aku dapat melihat bagaimana besarnya tanggungjawab seorang guru apabila berada di sekolah dalam memastikan para pelajar faham apa yang telah mereka pelajari. Selain itu tugas guru bukan mudah iaitu bukan hanya mengajar subjek di bawah pengkhususannya sahaja tetapi mereka juga perlu mempunyai pengetahuan yang luas, menjaga kebajikan para pelajarnya dan menerapkan nilai-nilai murni serta adab dalam diri para pelajar supaya nilai-nilai baik seperti budaya memberi salam, berterima kasih dapat dipupuk dari awal sejak di sekolah. Hal ini kerana para pelajar banyak menghabiskan masa mereka di sekolah berbanding di rumah jadi ia merupakan tanggungjawab besar para guru untuk membentuk peribadi yang baik dalam kalangan pelajar selepas ibu bapa mereka di rumah.
Comments
Post a Comment