MINGGU KE-10 : PLICKERS
PENERANGAN PENGGUNAAN APLIKASI PLICKERS OLEH DR ZAM
Pada kelas kali ini, kami diajar berkenaan dengan penggunaan satu aplikasi dimana pelajar tidak perlu menggunakan gajet mereka untuk menjalankan aktiviti PAK21. Mereka hanya perlu merujuk guru bagi menjawab persoalan-persoalan yang diajukan.
PLICKERS merupakan aplikasi yang mudah dan senang digunakan. Guru yang mempunyai akses internet boleh membina soalan dan memaparkannya kepada murid. Murid akan menunjukkan jawapan mereka menggunakan kad plickers Setiap kad adalah unik untuk setiap murid akan diimbas menggunakan telefon pintar.
💨CARA MENGGUNAKAN APLIKASI ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1. Aplikasi plickers perlu di download dari apps store.
2. Buka laman web Plickers dari laptop atau PC dan sign up.
3. Daftar kelas dan tetapkan nama pelajar bagi setiap nombor kad plickers.
2. Download dan cetak kad plickers.
💨KELEBIHAN PLICKERS
1. Mudah untuk di set-up.
2. Hanya memerlukan peranti dan paparan skrin dari guru sahaja.
3. Hanya memerlukan Smartphone guru untuk scan jawapan murid.
4. Tidak memerlukan internet dan boleh dibuat dalam kelas biasa.
5. Kad Plickers murid boleh diulang guna untuk beberapa kelas lain dengan hanya perlu mengubah senarai nama murid sahaja.
💨KEKURANGAN PLICKERS
1. Mengambil masa untuk scan jawapan murid.
2. Sesetengah murid akan menjadi bosan kerana ada waktu senggang antara soalan dan masa scan.
3. Memerlukan kos untuk print kad plickers.
Setelah selesai mendengar penerangan mengenai Plickers, Dr. Zam telah memberikan setiap kumpulan untuk membina soalan menggunakan aplikasi Plickers dan pada minggu hadapan perlu diaplikasikan dalam kelas seterusnya. Kumpulan kami telah memilih soalan pendidikan jasmani dan sedikit pengetahuan am untuk menguji minda rakan-rakan sekelas.
Comments
Post a Comment