Welcome To My Blog : CIKGU SADO!!

 

                                       PERKENALAN DIRI 



Assalamu'alaikum Wr. Wb

    Hai, Hello, Vanakaam, Ni Hao , sebelumnya saya ingin mengucapkan terima kasih atas kunjungan ke blog kecil saya. Disini adalah tempat saya akan mencurahkan coretan dalam perkataan . Perkenalkan nama diberi tak dipinta Muhammad Firdaus Bin Jamak. Saya merupakan seorang bakal guru yang akan mengajar di sekolah anak anak teman mahupun adik adik teman. Saya merupakan Alumni UiTM Seremban 3 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dan sedang menyambung pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang Diploma Pascasiswazah Pendidikan Pengkhususan Pendidikan Jasmani. 

   
    Pada kali ini saya ingin memperkenalkan blog saya yang diberi nama Cikgu Sado yang tak seberapa sado di dunia realiti. Singkatnya, CIKGU SADO merupakan situs blog yang menceritakan akan perjalanan anak orang susah dalam mengejar cita citanya sebagai seorang pengajar mahupun cikgu. Disini jugak adalah tempat untuk saya memberikan pendapat dalam penulisan yang terbuka kepada semua.

    Untuk saat ini blog CIKGU SADO menyediakan konten dengan topik yang berhubungan dengan sukan sukan di Malaysia mahupun Luar Negara disamping menyelitkan akan isu isu semasa dalam bidang pendidikan dan murid. Untuk kedepannya kami akan terus menyajikan konten yang lebih bermanfaat dan berkualitas untuk para pembaca.

    Demikian perkenalan singkat mengenai saya dan juga blog yang saya di berikan nama CIKGU SADO ini, semoga bermanfaat untuk teman teman , mahupun pelajar pelajar di luar sana. Sekiranya ingin bertanya , silahkan hubungi saya melalui halaman kontak yang tersedia di blog ini. 






 


 


    

Comments

Popular Posts